Pada tanggal 5 Mei 2010 bersamaan hari Rabu, sekali lagi sekolah SKKT mengadakan majlis perpishan untuk guru yang bakal bertukar dari sekolah ini. Sekali lagi warga SKKT berhadapan saat-saat menyedihkan apabila Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik Zulzaman bin Jamaluddin terpaksa meninggalkan sekolah ini setelah berada genap setahun dua bulan di sekolah ini.
Pada majlis tersebut selain daripada ucapan perpisahan dari Cikgu Zulzaman, murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5 telah mengalunkan 4 buah lagu untuk mengenang dan mengimbas kembali saat saat bersama beliau sepanjang berada di sekolah ini. Mendengarkan nyanyian tersebut memang begitu syahdu sekali. Sehingga beberapa orang murid tidak dapat menahan kesedihan mereka dengan menyanyi sambil menangis dan mengalirkan air mata.
Ini semua lumrah hidup sebagai seorang insan yang bernama pendidik. Sampai waktu apabila keperluan pendidikan menuntut kehadiran kita di tempat lain, kita terpaksa jua dengan berat hati meninggalkan sekolah yang telah meninggalkan banyak kenangan kepada mereka. Sesungguhnya walaupun cuma seketika Cikgu Zulzaman berada di sini tetapi beliau telah berjaya mengadakan beberapa aktiviti yang amat berguna kepada sekolah SK Kuala Tahan. Sewajarnya warga SKKT berterima kasih atas budi dan jasa yang telah diberikan.
Cikgu Zulzaman sebenarnya bertukar ke SK Jengka 24 berkuatkuasa pada 1 Mei 2010. Pertukaran beliau adalah atas dasar keperluan perkhidmatan pendidikan.
Kepada Cikgu Zulzaman selamat bertugas di tempat baru dan kami yang ditinggalkan di sini diharap dilupa jangan.