TOLONG SENYAP

TOLONG SENYAP
ANDA BERADA DI PERPUSTAKAAN. TOLONG SENYAP

VISI PSS

PSS CEMERLANG KATEGORI LUAR BANDAR MENJELANG 2015

MISI PSS

* MELENGKAPKAN PSS DENGAN PRASARANA INFORMASI & TEKNOLOGI YANG DIINGINI OLEH WARGA SKKT SEJAJAR DENGAN ZAMAN ICT

* MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BUKU DAN BUKAN BUKU YANG TERKINI DAN BERKUALITI

* SENTIASA BERKHIDMAT UNTUK MASA-MASA YANG DIHAJATI

* MEWUJUDKAN IKLIM YANG KONDUSIF UNTUK PELBAGAI SITUASI KE ARAH MINDA YANG BESTARI

* MELAHIRKAN ANAK DIDIK YANG MENCINTAI ILMU DAN MENJADIKAN MEMBACA SEBAGAI SUATU BUDAYA

* MEMBENTUK KERASIONALAN CARA BERFIKIR, BIJAK, KREATIF, KRITIS DAN BERPENGETAHUAN LUAS

* MENINGKATKAN PENGGUNAAN PSS KE TAHAP MAKSIMUM MELALUI PELBAGAI DISIPLIN ILMU

Sunday, May 9, 2010

TUKAR LAGI....


Pada tanggal 5 Mei 2010 bersamaan hari Rabu, sekali lagi sekolah SKKT mengadakan majlis perpishan untuk guru yang bakal bertukar dari sekolah ini. Sekali lagi warga SKKT berhadapan saat-saat menyedihkan apabila Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik Zulzaman bin Jamaluddin terpaksa meninggalkan sekolah ini setelah berada genap setahun dua bulan di sekolah ini.

Pada majlis tersebut selain daripada ucapan perpisahan dari Cikgu Zulzaman, murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5 telah mengalunkan 4 buah lagu untuk mengenang dan mengimbas kembali saat saat bersama beliau sepanjang berada di sekolah ini. Mendengarkan nyanyian tersebut memang begitu syahdu sekali. Sehingga beberapa orang murid tidak dapat menahan kesedihan mereka dengan menyanyi sambil menangis dan mengalirkan air mata.

Ini semua lumrah hidup sebagai seorang insan yang bernama pendidik. Sampai waktu apabila keperluan pendidikan menuntut kehadiran kita di tempat lain, kita terpaksa jua dengan berat hati meninggalkan sekolah yang telah meninggalkan banyak kenangan kepada mereka. Sesungguhnya walaupun cuma seketika Cikgu Zulzaman berada di sini tetapi beliau telah berjaya mengadakan beberapa aktiviti yang amat berguna kepada sekolah SK Kuala Tahan. Sewajarnya warga SKKT berterima kasih atas budi dan jasa yang telah diberikan.

Cikgu Zulzaman sebenarnya bertukar ke SK Jengka 24 berkuatkuasa pada 1 Mei 2010. Pertukaran beliau adalah atas dasar keperluan perkhidmatan pendidikan.

Kepada Cikgu Zulzaman selamat bertugas di tempat baru dan kami yang ditinggalkan di sini diharap dilupa jangan.

Monday, March 8, 2010

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010


Julung kalinya PSS SK Kuala Tahan, melancarkan Program Nilam dengan membuat majlis pelancaran. Majlis tersebut diadakan pada:
Hari: Jumaat
Tarikh: 5 Mac 2010
Masa: 8.00 - 9.45 pagi
VIP : Encik Zainol bin Shahbudin (Guru Besar SK Kuala Tahan)

Majlis yang sederhana tersebut dimeriahkan dengan persembahan Choral Speaking dari Panitia Bahasa Inggeris, Bercerita dalam Bahasa Arab oleh Panitia Pendidikan Islam, Berbalas Pantun oleh Panitia Bahasa Malaysia dan Koir oleh Panitia Pendidikan Muzik.

Guru Besar, Encik Zainol bin Shahbudin, yang sedang melanjutkan pelajaran di UPSI, Tanjung Malim telah berkesudian melapangkan masa datang ke sekolah semata-mata merasmikan cara yang sangat penting dalam kalendar aktiviti PSS khasnya untuk tahun ini. Sekalung budi kami rakamkan atas keprihatinan beliau.

Dalam ucapan pelancaran beliau, beliau menekankan betapa pentingnya amalan budaya membaca dikalangan murid. Apatah lagi terdapat golongan murid terutama murid di Tahap 2 yang masih belum menguasai kemahiran tersebut. Beliau menyeru semua pihak agar bekerjasama agar kelemahan tersebut boleh diatasi sepenuhnya.

Sementara itu, guru GPM, Puan Dayang Saftuyah dalam taklimatnya menekankan perlunya kerjasama semua guru terutama pihak Panitia mata pelajaran mengembeling tenaga bagi melahirkan tokoh NILAM untuk tahun 2010. Beliau berharap pada tahun ini sekolah dapat melahirkan tokoh NILAM kerana belum ada murid dari sekolah ini yang pernah dicalonkan dalam anugerah tokoh NILAM.

Bagi menunjukkan simbolik Majlis Pelancaran Nilam 2010, tuan guru besar berkesudian melengkapkan huruf N untuk NILAM dan menandatangani Banner Majlis Pelancaran Program NILAM. Dan jawatankuasa majlis telah membuat acara kejutan dengan memberikan seekor burung pipit untuk dilepaskan oleh beliau, simbolik majlis pelancaran.



Majlis disudahi dengan nyanyian lagu tema NILAM dan Budaya Membaca secara beramai-ramai.



Friday, March 5, 2010

MAJLIS MTQ PERINGKAT SEKOLAH






Pada 25 Februari 2010, selepas majlis Sambutan Mauluddur Rasul S.A.W peringkat sekolah, Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif pula mengadakan Majlis Tilawah Quran peringkat sekolah.

Majlis yang serba ringkas tapi penuh bermakna ini telah dilangsungkan dengan jayanya. Aktiviti ini telah dapat mencungkil bakat-bakat terpendam terutama dalam aktiviti bercerita dan juga tilawah. Tahniah kepada semua terlibat yang mengambil bahagian.

Sebelum ini, pihak panitia telah mengadakan saringan untuk acara tilawah, hafazan, tulisan jawi dan bercerita. Pada hari tersebut cuma 4 orang peserta untuk acara tilawah dan bertanding bercerita menunjukkan kemampuan mereka untuk diadili.

Sementera itu peringkat akhir acara hafazan dan tulisan jawi telah diadakan sehari lebih awal, iaitu pada petang 24 Februari 2010.

Johan untuk setiap kategori telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi Majlis MTQ peringkat zon yang akan diadakan tidak lama lagi. Insya Allah.

Pihak Raudhatul Ilmu sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam.

MAJLIS SAMBUTAN MAULUDDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua warga SK Kuala Tahan, terutamanya pihak Panitia Pendidikan Agama Islam kerana telah berjaya mengadakan sambutan memperingati hari Kelahiran Nabi Junjungan, Nabi Muhammad s.w.t pada 25 Febuari 2010 yang lepas.

Majlis ringkas yang dimulakan dengan perarakan mengelilingi Kampung Kuala Tahan oleh semua murid, guru-guru dan kakitangan sekolah serta warga SK Kuala Tahan.
Perarakan bermula dari tapak perhimpunan sekolah di bangunan lama, menghala dan menuruni Jeti Kuala Tahan, kemudian berpusing menaiki bukit menghala ke Teresik View Motel seterusnya balik semula ke sekolah dan berkumpul semula di tapak perhimpunan di bangunan baru.Selepas itu majlis diteruskan dengan mendengar ceramah yang berkaitan mengenai kisah hidup Baginda s.a.w sebelum baginda dilahirkan sehinggalah diangkat sebagai Rasulullah S.A.W. Ceramah yang penuh dengan ikhtibar itu telah disampaikan oleh Ustaz Nadzri bin Ahmad.
Majlis berhenti rehat pada pukul 9.30 pagi sebelum disambung semula pada 10.00 pagi bagi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah bagi tahun 2010.

Tuesday, February 16, 2010

TUAI PADI ANTARA MASAK


Pada 12 Februari 2010, hari Jumaat lepas, sekali lagi SK Kuala Tahan kehilangan Guru Penolong Kanan Kurikulum mereka. Cikgu Rusli bin Ishak merupakan GPK Kurikulum yang ke 3 pada tahun 2009. Namun disebabkan permintaan perkhidmatan beliau terpaksa meninggalkan sekolah ini walaupun baru 3 bulan sahaja berada di sini.


Walaupun cuma seketika berada di sini namun kehilangannya amat dirasakan. Apatah lagi beliau merupakan seorang yang begitu komited dan sentiasa membantu murid-murid dan guru-guru demi kemajuan SK Kuala Tahan yang tercinta ini.


PISANG EMAS BAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DI DALAM PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI

TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
ASAM RONG GULAI DI MASAK
PENGINGAT KAMI DI KUALA TAHAN



HENDAK TIDUR TIDUR LAH MATA
JANGAN TUNGGU SI BUAH HATI
WALAU KITA JAUH DI MATA
NAMUN TETAP DEKAT DI HATI

KALAU RUNTUH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA MARI DIRIKAN
KUALA TAHAN SENTIASA TERBUKA
MENANTI AGEN PEMBAWA PERUBAHAN

Sunday, February 7, 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA.

Sumber: Mok Soon Sang - Siri Pendidikan : PENGURUSAN PUSAT SUMBER & PERPUSTAKAAN, 2008.

Pembinaan perpustakaan di Malaysia bermula pada tahun 1959 di bawah Lembaga Perpustakaan Negara yang ditubuhkan berlandaskan memorandum yang diusulkan oleh Malayan Library Group pada tahun 1956.

Selanjutnya, sebuah Jawatankuasa Perpustakaan Negara ditubuhkan pada tahun 1966 untuk bertanggungjawab membina Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur. Penubuhan Jawatankuasa Perpustakaan Negara adalah berdasarkan laporan Kajian Arkib Negara Malaysia pada tahun 1963. Maka, Perpustakaan Negara menjadi satu unit di bawah Arkib Negara.

Selaras dengan Dasar Penubuhan Perpustakaan Negara. Akta Pemeliharaan Buku-Buku yang diluluskan pada tahun 1966, mewajibkan penerbit menyerah dua naskah buku dalam setiap terbitan mereka kepada Perpustakaan Negara.


Bahagian Rujukan dalam Perpustakaan Negara mula dibuka pada awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan. bagaimanapun, perkhidmatan pinjaman buku kepada awam hanya dapat dimulakan pada tahun 1975. Pada tahun 1977, Perpustakaan Negara menjadi sebagai salah satu Jabatan Kerajaan Persekutuan.

Mulai tahun 1982, Perpustakaan Negara dilantik menjadi Pusat Kebangsaan yang rasmi untuk bertanggungjawab mengeluarkan International Standard Book Number (ISBN). Apabila Akta Perpustakaan 1986 diluluskan, semua penerbit diwajibkan menyerahkan 5 naskah bahan cetak setiap terbitan seperti buku, peta, carta dan poster, dan 2 naskah bahan bukan cetak, seperti filem, mikroform, rakaman audio-video, termasuk bahan eletronik yang lain kepada Pusat Kebangsaan ISBN di bawah Perpustakaan Negara.

Mulai tahun 1988, penggunaan sistem komputer untuk pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan dilancarkan oleh Perpustakaan Negara. Dua tahun kemudian, ahli-ahli Perpustakaan Negara dapat mula menggunakan Online Public Access catalogue (OPAC) melalui komputer untuk mencari sumber maklumat dalam koleksi Perpustakaan Negara.

Sunday, January 24, 2010

ORIENTASI PSS UNTUK MURID TAHUN 1 / 2010

Pada tahun in terdapat 43 orang murid yang telah mendaftar sebagai pelajar Tahun 1 di sekolah ini. Seperti pada tahun-tahun sebelum ini, semua murid Tahun 1 akan terlibat dalam Program Orentasi.

Pengurusan PSS juga telah mengambil inisiatif dengan membuat program khas untuk mereka ini. GPM telah mengumpulkan murid-murid tersebut di bilik perpustakaan sekolah untuk mengikut taklimat ringkas mengenai peraturan, penggunaan dan kemudahan yang terdapat di bilik PSS sekolah.

Murid Tahun 1 ini telah didedahkan tatacara dan disiplin yang perlu diikuti semasa berada di dalam PSS. Selain itu GPM juga telah membawa murid-murid membuat lawatan singkat ke sudut-sudut dan ruangan yang ada di PSS seperti Sudut Bercerita, Sudut Nilam, Sudut Rekreasi dan Sudut ICT.

Disamping itu GPM juga berkesempatan membawa mereka melihat ruangan Bilik Pejabat PSS, Bilik Rujukan Khas, Bilik Tayang dan Bilik BBM. Mereka juga diajar dan ditunjukkan bagaimana berurusan dengan kaunter PSS semasa merekodkan kemasukan mereka serta meminjam dan memulangkan buku.

Di akhir sesi GPM berkesempatan menyampaikan sebuah cerita kepada mereka dan diikuti aktiviti mewarna.

Slaid berikut menunjukkan serba-ringkas aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut.


MESYUARAT PERTAMA AJK INDUK & AJK KERJA PSS 2010

TARIKH:   21 JANUARI 2010
MASA:       2.00 PETANG
TEMPAT:   BILIK GERAKAN SKKT

Mesyuarat pertama AJK Induk dan AJK Kerja PSS sesi 2010 telah berlangsung. Sebelum mesyuarat diadakan Penyelaras PSS telah berkesempatan memberi sedikit taklimat ringkas mengenai PSS dan arah-tuju PSS berdasarkan kehendak BTP selari dengan visi yang ingin dicapai oleh sekolah ke arah Sekolah Rendah Luar Bandar Cemerlang 2015.

Perbincangan mengenai tugas-tugas dan tanggungjawab masing-masing diperbincangkan dan dijelaskan agar semua pihak dapat menyediakan prasarana yang kondusif dan menarik sesuai dengan konsep sekolah adalah sumber pembelajaran kepada warga SKKT.

Bagi semua AJK diharap dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Sahutlah cabaran ini sebagai satu ibadah. Jangan rasa tertekan. Buatlah kerja dengan 'happy', Insya Allah tidak akan sakit hati :) .

Tuesday, January 12, 2010

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI.

Pada hari Rabu minggu lepas, pada tanggal 7 Januari 2010 merupakan hari yang menyedihkan dan menggembirakan buat warga SKKT. Satu yang menyedikan bagi kami adalah apabila guru besar, Encik Kamarudin bin Ariffin yang baru saja berkhidmat di sekolah ini pada September 2009 terpaksa meninggalkan sekolah ini. Beliau terpaksa meninggalkan sekolah ini kerana telah dinaikkan pangkat sebagai pegawai pendidikan DG34 dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highland.

Walau bagaimanapun kami sangat gembira ketiadaan beliau telah digantikan dengan guru besar baru, Encik Zainol bin Shahbudin. Diharap guru besar baru kita akan gembira berkhidmat di sekolah baru ini, walau pun jauh terletak di Taman Negara.

Selamat Datang Guru Besar, Encik Zainol Bin Shahbudin



Pihak Raudhatul Ilmu mengucapkan selamat berkhidmat dan menjalankan tugas kepada mereka ini.

Thursday, January 7, 2010

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PUSAT SUMBER


MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.   Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.
2.   Mengurangkan kebergantungan penggunaan buku teks semata-mata di dalam pengajaran dan pembelajaran di samping mempelbagaikan mempelbagaikan kemudahan alat pandang dengar.
3.   Membantu murid-murid dan guru dalam mengeluarkan dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
4.   Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan murid dan guru yang berbeza di antara satu sama lain.
5. Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu, pendidikan sepanjang hayat dan masyarakat membaca.




OBJEKTIF PUSAT SUMBER
Pusat Sumber Sekolah adalah bertujuan:
1.   Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.
2.   Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya mereka tidak bergantung semata-mata kepada kaedah 'chalk and talk'.
3.   Menggalakan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu atau menanya di kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di PSS.
4.   Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasilkan dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
5.   Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza antara satu sama lain.
6.   Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja rujukan serta menggunakan alat 'hardware'.

Wednesday, January 6, 2010

MISI

*   MELENGKAPKAN PSS DENGAN PRASARANA INFORMASI & TEKNOLOGI YANG DIINGINI OLEH WARGA SKKT SEJAJAR DENGAN ZAMAN ICT

*   MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BUKU DAN BUKAN BUKU YANG TERKINI DAN BERKUALITI

*   SENTIASA BERKHIDMAT UNTUK MASA-MASA YANG DIHAJATI

*   MEWUJUDKAN IKLIM YANG KONDUSIF UNTUK PELBAGAI SITUASI KE ARAH MINDA YANG BESTARI

*   MELAHIRKAN ANAK DIDIK YANG MENCINTAI ILMU DAN MENJADIKAN MEMBACA SEBAGAI SUATU BUDAYA

*   MEMBENTUK KERASIONALAN CARA BERFIKIR, BIJAK, KREATIF, KRITIS DAN BERPENGETAHUAN LUAS

*   MENINGKATKAN PENGGUNAAN PSS KE TAHAP MAKSIMUM MELALUI PELBAGAI DISIPLIN ILMU

Tuesday, January 5, 2010

PERATURAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN. (1)

PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN

• Pelajar-pelajar diminta menanggalkan kasut sebelum masuk ke perpustakaan dan menyusunnya di rak yang telah disediakan.

• Merokok, makan, minum, tidur, berjudi atau sebarang permainan adalah dilarang di dalam perpustakaan.

• Pelajar-pelajar hanya dibenarkan membawa masuk kertas catatan dan alat tulis sahaja. Beg, bungkusan, payung dan sebagainya tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda.

• Menempah tempat duduk adalah tidak dibenarkan. Buku-buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi atau meja dalam jangka waktu tertentu akan dipungut oleh pustakawan yang bertugas.

• Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas dan bersopan ketika berada di perpustakaan.


• Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan atau berada dalam keadaan yang mencurigakan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

SENARAI TUGAS
GURU PERPUSTAKAAN / MEDIA
( SEBAGAI PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH )


1. Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6 hingga 10 waktu seminggu.

2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.

3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah.

4. Merancang perolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.

5. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.

9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

10. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri /PKG/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.

11. Menyedia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.

12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk /Kerja Pusat Sumber Sekolah.

13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah.

14. Melaksanakan tugas semakan stok inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.

16. Menjalankan penyelidikan /kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

Monday, January 4, 2010

PENTADBIR SEKOLAH (SEHINGGA 5 JANUARI 2010)

MEMPERKASAKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

*SUMBER: Sektor Jaminan Kualiti, BTP

LATAR BELAKANG:
1. Surat KP (BS-DSR)8787/008/2 (10) bertarikh 18 Julai 2005
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan berkenaan
Pusat Sumber Sekolah

2.   Waran Peruntukan B.41
Slide 3
Setiap sekolah telah diperuntukkan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Penyelaras Pusat Sumber) sepenuh masa.
3Objektif Pelantikan
OBJEKTIF PERLANTIKAN

Dapat membantu meningkatkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang lebih cemerlang dan berkesan  


ISU-ISU:
* Jadual waktu mengajar
* Jadual waktu ganti
* Tidak perlu jawatankuasa kerja
* Pemilihan Guru Perpustakaan & Media (GPM)

CABARAN:

Slide 6
1. School of the future
2. Smart school
3. Web TVP
4. Pembangunan Modal    Insan ( Wetware )
5. Personaliti unggul



JAWATANKUASA MELIBATKAN GPM:Slide 8
JK Kurikulum
JK Peperiksaan dan Penilaian
JK Pusat Sumber Sekolah
JK Teknologi Maklumat & Komunikasi
JK Jadual Waktu
JK Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
Slide 9
§JK Ko-korikulum
§JK Panitia Mata Pelajaran
§JK Pembangunan Staf
§JK Hal Ehwal Murid

PERJAWATAN DAN PCG PUSAT SUMBER SEKOLAH: 

1.  PERJAWATAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA;
Slide 13


Sebelum 2000
 
+1 (guru media/sukan)
Guru Penyelaras PSS
Lantikan sekolah
Tidak ditentukan kategori guru


Slide 14
Mulai 2000 

+ 1 (B41 Kementerian Pelajaran)
Kecuali sekolah kurang murid (SKM)
Lantikan JPN
DG41 – sekolah menengah
DGA29 – sekolah rendah




Slide 16
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005(berkuatkuasa)


Waktu kerja ikut waktu persekolahan
Sekolah 2 sesi boleh sesuaikan bagi merangkumi kedua-dua sesi.
Semua bayaran insentif boleh dibayar jika memenuhi syarat untuk insentif berkenaan
Merancang dan mengajar Matapelajaran antara
    6 – 8 waktu seminggu 

2. PERJAWATAN STAFF SOKONGAN:



Enrolmen         CC (N22)    P/O(N17)      PTR (N11)      PAR (N1)     PSS (N17)        JUM
<150                                        1                                                                                             1
151 – 550                                1                                              1                                              2
551 – 950                                1                              1              1                                              3
951 – 1350                              1                              1              1                              1              4
1351 – 1750                            2                              2              1                              1              6
> 1750                     1              1                             2              1                              1              6



 ISU:
Slide 19
Tidak diisi
Ditempatkan di pejabat
Tiada senarai tugas
Kurang tugas di perpustakaan




Slide 5

Slide 20
PCG Pusat Sumber Sekolah
(Pekeliling Kewangan 5/2002 dan Pindaan Pertama)

Slide 20
Meliputi perbelanjaan bagi Perpustakaan dan Pusat Sumber Pendidikan seperti berikut:
Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, Video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
Penyenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran .

Slide 21
Program berunsurkan pendidikan yang boleh membuat pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran samada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan
Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas integrasi
Membeli harta modal:
SR – RM 5,000 atau 30% keseluruhan PCG (terendah)
SM – RM 10,000 atau 30% keseluruhan PCG (terendah) 






Slide 3

Sunday, January 3, 2010

SENARAI AJK INDUK




Senarai Jawatan Kuasa Induk Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan
2010


BIL
JAWATANKUASA
GURU
1


Penasihat


EN KAMARUDIN BIN ARIFFIN
Guru Besar
2


Pengerusi


EN RUSLI BIN ISHAK
Penolong Kanan Pentadbiran
3


Naib Pengerusi I


EN AZHAR
Penolong Kanan Hem




Naib Pengerusi II


EN ZULZAMAN JAMALUDDIN
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
4


Setiausaha


PN DAYANG SAFTUYAH BINTI AWANG HIDUP
Guru Perpustakaan dan Media
5


Penolong Setiausaha


PN NORHALIZAH BINTI HUSSAIN
Guru Perpustakaan
6


Ahli Jawatankuasa
(Ketua Panitia)


EN ZAINUDDIN BIN MOHAMED NAZIR – BAHASA  MELAYU
CIK AZMALIZA BINTI MD MUHAIDIN – BAHASA INGGERIS
PN NORAZIMA BINTI MD ISA – MATHEMATICS
EN AHMAD HAMIZI BIN JALLANI – SCIENCE
USTAZ NADZRI BIN AHMAD – PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
PN NORHAIZAN BINTI ZULKEFLI – PJ & PK
PN SUZANA BINTI JAMALUDDIN – PENDIDIKAN SENI VISUAL
EN ASLAHUDDIN BIN MOHD DAUD – SIVIK & KEWARGANEGARAAN
EN RAZALI BIN ABD AZIZ – KAJIAN TEMPATAN
EN MOHAMED ZUBIR BIN ZULKAFLI – KEMAHIRAN HIDUP
CIK SUPIAH BINTI ABDUL MALEK – PENDIDIKAN MUZIK


7


Ahli Jawatankuasa
(KETUA UNITI/PREMIS)




EN KAMARUDDIN BIN ABU BAKAR – PENYELARAS ICT /               
                                                                 MAKMAL KOMPUTER
PN NORAZIMA BINTI MAT ISA – PENYELARAS PUSAT AKSES
PN NORHAIZAN BINTI ZULKIFLI – PENYELARAS PPSMI
EN MOHAMMED ZUBIR BIN ZULKEFLI – GURU DATA
PN ANITA BINTI TALIB – B & K
EN RAZALI BIN ABD AZIZ – PENYELARAS PPDa
PN NORHAYATI BINTI MOHAMOD– PENYELARAS LADAP
EN MOHAMMED ZUBIR BIN ZULKEFLI – GURU DATA
PN HAZLINDA BINTI MOHD TAHA – PENYELARAS KECERIAAN


8


Ahli Jawatankuasa
(WAKIL NGO & PEJABAT)


EN ABDULLAH BIN ABDUL MANAN – WAKIL PIBG


PN ROSEAFZAN BINTI KHONAPIAH – WAKIL PEJABAT SEKOLAH



PELAWAT

MAJLIS SAMBUTAN MAULUDDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010