TOLONG SENYAP

TOLONG SENYAP
ANDA BERADA DI PERPUSTAKAAN. TOLONG SENYAP

VISI PSS

PSS CEMERLANG KATEGORI LUAR BANDAR MENJELANG 2015

MISI PSS

* MELENGKAPKAN PSS DENGAN PRASARANA INFORMASI & TEKNOLOGI YANG DIINGINI OLEH WARGA SKKT SEJAJAR DENGAN ZAMAN ICT

* MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BUKU DAN BUKAN BUKU YANG TERKINI DAN BERKUALITI

* SENTIASA BERKHIDMAT UNTUK MASA-MASA YANG DIHAJATI

* MEWUJUDKAN IKLIM YANG KONDUSIF UNTUK PELBAGAI SITUASI KE ARAH MINDA YANG BESTARI

* MELAHIRKAN ANAK DIDIK YANG MENCINTAI ILMU DAN MENJADIKAN MEMBACA SEBAGAI SUATU BUDAYA

* MEMBENTUK KERASIONALAN CARA BERFIKIR, BIJAK, KREATIF, KRITIS DAN BERPENGETAHUAN LUAS

* MENINGKATKAN PENGGUNAAN PSS KE TAHAP MAKSIMUM MELALUI PELBAGAI DISIPLIN ILMU

Monday, March 8, 2010

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010


Julung kalinya PSS SK Kuala Tahan, melancarkan Program Nilam dengan membuat majlis pelancaran. Majlis tersebut diadakan pada:
Hari: Jumaat
Tarikh: 5 Mac 2010
Masa: 8.00 - 9.45 pagi
VIP : Encik Zainol bin Shahbudin (Guru Besar SK Kuala Tahan)

Majlis yang sederhana tersebut dimeriahkan dengan persembahan Choral Speaking dari Panitia Bahasa Inggeris, Bercerita dalam Bahasa Arab oleh Panitia Pendidikan Islam, Berbalas Pantun oleh Panitia Bahasa Malaysia dan Koir oleh Panitia Pendidikan Muzik.

Guru Besar, Encik Zainol bin Shahbudin, yang sedang melanjutkan pelajaran di UPSI, Tanjung Malim telah berkesudian melapangkan masa datang ke sekolah semata-mata merasmikan cara yang sangat penting dalam kalendar aktiviti PSS khasnya untuk tahun ini. Sekalung budi kami rakamkan atas keprihatinan beliau.

Dalam ucapan pelancaran beliau, beliau menekankan betapa pentingnya amalan budaya membaca dikalangan murid. Apatah lagi terdapat golongan murid terutama murid di Tahap 2 yang masih belum menguasai kemahiran tersebut. Beliau menyeru semua pihak agar bekerjasama agar kelemahan tersebut boleh diatasi sepenuhnya.

Sementara itu, guru GPM, Puan Dayang Saftuyah dalam taklimatnya menekankan perlunya kerjasama semua guru terutama pihak Panitia mata pelajaran mengembeling tenaga bagi melahirkan tokoh NILAM untuk tahun 2010. Beliau berharap pada tahun ini sekolah dapat melahirkan tokoh NILAM kerana belum ada murid dari sekolah ini yang pernah dicalonkan dalam anugerah tokoh NILAM.

Bagi menunjukkan simbolik Majlis Pelancaran Nilam 2010, tuan guru besar berkesudian melengkapkan huruf N untuk NILAM dan menandatangani Banner Majlis Pelancaran Program NILAM. Dan jawatankuasa majlis telah membuat acara kejutan dengan memberikan seekor burung pipit untuk dilepaskan oleh beliau, simbolik majlis pelancaran.



Majlis disudahi dengan nyanyian lagu tema NILAM dan Budaya Membaca secara beramai-ramai.



Friday, March 5, 2010

MAJLIS MTQ PERINGKAT SEKOLAH






Pada 25 Februari 2010, selepas majlis Sambutan Mauluddur Rasul S.A.W peringkat sekolah, Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif pula mengadakan Majlis Tilawah Quran peringkat sekolah.

Majlis yang serba ringkas tapi penuh bermakna ini telah dilangsungkan dengan jayanya. Aktiviti ini telah dapat mencungkil bakat-bakat terpendam terutama dalam aktiviti bercerita dan juga tilawah. Tahniah kepada semua terlibat yang mengambil bahagian.

Sebelum ini, pihak panitia telah mengadakan saringan untuk acara tilawah, hafazan, tulisan jawi dan bercerita. Pada hari tersebut cuma 4 orang peserta untuk acara tilawah dan bertanding bercerita menunjukkan kemampuan mereka untuk diadili.

Sementera itu peringkat akhir acara hafazan dan tulisan jawi telah diadakan sehari lebih awal, iaitu pada petang 24 Februari 2010.

Johan untuk setiap kategori telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi Majlis MTQ peringkat zon yang akan diadakan tidak lama lagi. Insya Allah.

Pihak Raudhatul Ilmu sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam.

MAJLIS SAMBUTAN MAULUDDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua warga SK Kuala Tahan, terutamanya pihak Panitia Pendidikan Agama Islam kerana telah berjaya mengadakan sambutan memperingati hari Kelahiran Nabi Junjungan, Nabi Muhammad s.w.t pada 25 Febuari 2010 yang lepas.

Majlis ringkas yang dimulakan dengan perarakan mengelilingi Kampung Kuala Tahan oleh semua murid, guru-guru dan kakitangan sekolah serta warga SK Kuala Tahan.
Perarakan bermula dari tapak perhimpunan sekolah di bangunan lama, menghala dan menuruni Jeti Kuala Tahan, kemudian berpusing menaiki bukit menghala ke Teresik View Motel seterusnya balik semula ke sekolah dan berkumpul semula di tapak perhimpunan di bangunan baru.Selepas itu majlis diteruskan dengan mendengar ceramah yang berkaitan mengenai kisah hidup Baginda s.a.w sebelum baginda dilahirkan sehinggalah diangkat sebagai Rasulullah S.A.W. Ceramah yang penuh dengan ikhtibar itu telah disampaikan oleh Ustaz Nadzri bin Ahmad.
Majlis berhenti rehat pada pukul 9.30 pagi sebelum disambung semula pada 10.00 pagi bagi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah bagi tahun 2010.

PELAWAT

MAJLIS SAMBUTAN MAULUDDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010