TOLONG SENYAP

TOLONG SENYAP
ANDA BERADA DI PERPUSTAKAAN. TOLONG SENYAP

VISI PSS

PSS CEMERLANG KATEGORI LUAR BANDAR MENJELANG 2015

MISI PSS

* MELENGKAPKAN PSS DENGAN PRASARANA INFORMASI & TEKNOLOGI YANG DIINGINI OLEH WARGA SKKT SEJAJAR DENGAN ZAMAN ICT

* MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BUKU DAN BUKAN BUKU YANG TERKINI DAN BERKUALITI

* SENTIASA BERKHIDMAT UNTUK MASA-MASA YANG DIHAJATI

* MEWUJUDKAN IKLIM YANG KONDUSIF UNTUK PELBAGAI SITUASI KE ARAH MINDA YANG BESTARI

* MELAHIRKAN ANAK DIDIK YANG MENCINTAI ILMU DAN MENJADIKAN MEMBACA SEBAGAI SUATU BUDAYA

* MEMBENTUK KERASIONALAN CARA BERFIKIR, BIJAK, KREATIF, KRITIS DAN BERPENGETAHUAN LUAS

* MENINGKATKAN PENGGUNAAN PSS KE TAHAP MAKSIMUM MELALUI PELBAGAI DISIPLIN ILMU

Tuesday, February 16, 2010

TUAI PADI ANTARA MASAK


Pada 12 Februari 2010, hari Jumaat lepas, sekali lagi SK Kuala Tahan kehilangan Guru Penolong Kanan Kurikulum mereka. Cikgu Rusli bin Ishak merupakan GPK Kurikulum yang ke 3 pada tahun 2009. Namun disebabkan permintaan perkhidmatan beliau terpaksa meninggalkan sekolah ini walaupun baru 3 bulan sahaja berada di sini.


Walaupun cuma seketika berada di sini namun kehilangannya amat dirasakan. Apatah lagi beliau merupakan seorang yang begitu komited dan sentiasa membantu murid-murid dan guru-guru demi kemajuan SK Kuala Tahan yang tercinta ini.


PISANG EMAS BAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DI DALAM PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI

TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
ASAM RONG GULAI DI MASAK
PENGINGAT KAMI DI KUALA TAHAN



HENDAK TIDUR TIDUR LAH MATA
JANGAN TUNGGU SI BUAH HATI
WALAU KITA JAUH DI MATA
NAMUN TETAP DEKAT DI HATI

KALAU RUNTUH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA MARI DIRIKAN
KUALA TAHAN SENTIASA TERBUKA
MENANTI AGEN PEMBAWA PERUBAHAN

Sunday, February 7, 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA.

Sumber: Mok Soon Sang - Siri Pendidikan : PENGURUSAN PUSAT SUMBER & PERPUSTAKAAN, 2008.

Pembinaan perpustakaan di Malaysia bermula pada tahun 1959 di bawah Lembaga Perpustakaan Negara yang ditubuhkan berlandaskan memorandum yang diusulkan oleh Malayan Library Group pada tahun 1956.

Selanjutnya, sebuah Jawatankuasa Perpustakaan Negara ditubuhkan pada tahun 1966 untuk bertanggungjawab membina Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur. Penubuhan Jawatankuasa Perpustakaan Negara adalah berdasarkan laporan Kajian Arkib Negara Malaysia pada tahun 1963. Maka, Perpustakaan Negara menjadi satu unit di bawah Arkib Negara.

Selaras dengan Dasar Penubuhan Perpustakaan Negara. Akta Pemeliharaan Buku-Buku yang diluluskan pada tahun 1966, mewajibkan penerbit menyerah dua naskah buku dalam setiap terbitan mereka kepada Perpustakaan Negara.


Bahagian Rujukan dalam Perpustakaan Negara mula dibuka pada awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan. bagaimanapun, perkhidmatan pinjaman buku kepada awam hanya dapat dimulakan pada tahun 1975. Pada tahun 1977, Perpustakaan Negara menjadi sebagai salah satu Jabatan Kerajaan Persekutuan.

Mulai tahun 1982, Perpustakaan Negara dilantik menjadi Pusat Kebangsaan yang rasmi untuk bertanggungjawab mengeluarkan International Standard Book Number (ISBN). Apabila Akta Perpustakaan 1986 diluluskan, semua penerbit diwajibkan menyerahkan 5 naskah bahan cetak setiap terbitan seperti buku, peta, carta dan poster, dan 2 naskah bahan bukan cetak, seperti filem, mikroform, rakaman audio-video, termasuk bahan eletronik yang lain kepada Pusat Kebangsaan ISBN di bawah Perpustakaan Negara.

Mulai tahun 1988, penggunaan sistem komputer untuk pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan dilancarkan oleh Perpustakaan Negara. Dua tahun kemudian, ahli-ahli Perpustakaan Negara dapat mula menggunakan Online Public Access catalogue (OPAC) melalui komputer untuk mencari sumber maklumat dalam koleksi Perpustakaan Negara.

PELAWAT

MAJLIS SAMBUTAN MAULUDDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010